Monday, 14 November 2016

Tempat-tempat Menarik di Bangi

Tempat Menarik di Bangi Banyak tempat menarik di Bangi yang boleh anda pergi jika anda ke Selangor. Kali ini saya nak berkongsi tempat-tempat menarik di Bangi yang boleh anda pergi dan tempat makan menarik yang ada di Bangi. Bangi sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri dan banyak tempat dan aktiviti yang anda boleh lakukan di sana. Lebih-lebih lagi, Bangi berdekatan dengan salah sebuah IPTA terkemuka iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.


  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Penginapan hotel murah di Bangi Kalau anda ke Bangi, saya cadangkan untuk anda menginap di


Bangi Putrajaya Hotel ini. 


Hotel ini menarik kerana harganya yang berpatutan dan paling penting sekali adalah review di Trivago yang baik. Jadi memang sesuai untuk anda yang ingin ke Bangi. Kemudahan hotel ini pun OK, ada tempat parking, dekat dengan kedai makan menarik dan kemudahan asas hotel ini memang boleh dikatakan OK la. Sebagai alternatif, mungkin anda tidak mahu menginap di hotel 3TOP Hotel, ada banyak lagi hotel lain di Bangi, yang premium, yang bajet, semua ada.  Tips travel dari kami, sentiasa gunakan laman seperti Trivago ini dalam membuat tempahan hotel kerana pernah terjadi, jika tempahan dilakukan secara terus, tempahan tidak direkodkan. Tentu anda tidak mahu perkara ini terjadi. Lagi satu, Trivago.com sudah mempunyai banyak review yang bagus dan jujur, daripada pengunjung hotel sendiri. Jadi memang untuk tempahan hotel, Trivago sentiasa menjadi pilihan saya untuk melakukan tempahan hotel. Tempat Makan Menarik di


Bangi Daidomon Bangi


Terletak hanya 200 meter daripada plaza tol Bangi. Apa yang menarik di Daidomon ini adalah kedai makan yang berkonsepkan Jepun. Banyak makanan Jepun yang dijual di sini antaranya; Yakiniku Japanese Dishes Sushi Tempura Shashimi Seafood Jadi, kalau anda ke Bangi, saya memang sarankan untuk anda ke Daidomon Bangi ini kerana keunikan makanan Jepun yang ada di sana.

B-3-G Bangi Gateway Shopping Complex,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor


 Biji Kopi


Nama kedai ini adalah Biji Kopi. Anda tidak silap. Tetapi tak bermakna makanan yang dijual di sini adalah kopi semata-mata. Kebanyakan makanan yang ada di sini adalah ala-ala makanan dari Johor. Antara menu yang ada di sini adalah; Mee Rebus JohorNasi Beriyani KambingSoto JohorAsam LaksaGulai TempoyakPasta Banyak lagi sebenarnya menu yang ditawarkan. Kalau anda ke sini saya sarankan anda cuba Nasi Beriyani Johor yang merupakan antara makanan yang paling digemari dan dicari-cari pengunjung. Boleh cuba sendiri dan rasai sendiri menu ini.

Bangi Gateway Shopping Complex,
C-8-G, Seksyen 15,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor


Port Cafe


Satu lagi kedai makan yang menarik yang ada di Bangi yang anda patut pergi kalau ke sini. Port Cafe menyediakan masakan Melayu, Indonesia, Arab ataupun western. Ada beberapa menu yang saya cadangkan kepada anda untuk anda cuba sendiri iaitu nasi ayam penyet, burger bakar bazooka dan nasi arab. Kedai ini memang unik dan saya galakkan untuk anda ke sini dan makan di sini jika anda singgah ke Bangi.

No.7-G Jalan Medan Pusat Bandar 1A,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor

Tempat Menarik di Bangi Dah tengok tempat makan menarik di Bangi, jom kita lihat tempat menarik di Bangi pula. Pelbagai tempat shopping Banyak tempat shopping menarik yang ada di sini jika anda ke Bangi. Antaranya adalah kompleks PKNS dan Kompleks Warta yang pada saya anda boleh pergi dan bershopping di sini. Aneka jenis butik pakaian Banyak butik pakaian terkemuka yang ada di Bangi ini, antaranya adalah; Boutique QaleshaButik HajabaButik FahadaButik My Dreans – butik pakaian ibu mengandungKedai sukan Al Ikhsan Memang banyak butik pakaian yang ada di Bangi ini, kalau berkesempatan, pergilah singgah di semua tempat ini. Tasik Cempaka Tasik Cempaka adalah tasik buatan dari sungai kecil. Tempat ini dijadikan tempat riadah oleh warga Bangi. Pemandangan di sini indah dan terdapat banyak burung. Anda boleh ke sini jika anda pergi ke Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia Antara tempat menarik lain di Bangi adalah Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri. Kalau berkesempatan, boleh masuk ke kawasan universiti untuk melihat-lihat keadaan di dalam universiti. Masjid Al Hasanah Pun Antara tempat menarik yang anda boleh pergi di Bangi. Masjid ini berkubah hijau dan amat dekat dengan tempat-tempat utama seperti bank dan lain-lain. Memang saya galakkan jika anda beraga Islam untuk solat di masjid ini. Cukuplah setakat ini, harap dapat berikan gambaran kepada anda tentang tempat menarik yang ada di Bangi ini.

No comments:

Post a Comment