Pekan Bangi atau lebih dikenali sebagai Bangi Lama oleh masyarakat tempatan merupakan sebuah pekan lama yang terletak di selatan daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Kedudukannya agak terpencil serta ketinggalan dari segi pembangunan dan kemudahan infrastruktur berbanding dari Bandar Baru Bangi yang hanya terletak 6km di utaranya. Sebenarnya istilah Bangi Lama tidak wujud secara rasmi, kerana nama sebenar pekan ini ialah Bangi sahaja. Ianya cuma berguna bagi membezakan kedua-duanya.
Wednesday, 16 November 2016
Monday, 14 November 2016
Tempat-tempat Menarik di Bangi
Tempat Menarik di Bangi
Banyak tempat menarik di Bangi yang boleh anda pergi jika anda ke Selangor. Kali ini saya nak berkongsi tempat-tempat menarik di Bangi yang boleh anda pergi dan tempat makan menarik yang ada di Bangi. Bangi sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri dan banyak tempat dan aktiviti yang anda boleh lakukan di sana. Lebih-lebih lagi, Bangi berdekatan dengan salah sebuah IPTA terkemuka iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Penginapan hotel murah di Bangi Kalau anda ke Bangi, saya cadangkan untuk anda menginap di
Bangi Putrajaya Hotel ini.
Hotel ini menarik kerana harganya yang berpatutan dan paling penting sekali adalah review di Trivago yang baik. Jadi memang sesuai untuk anda yang ingin ke Bangi. Kemudahan hotel ini pun OK, ada tempat parking, dekat dengan kedai makan menarik dan kemudahan asas hotel ini memang boleh dikatakan OK la. Sebagai alternatif, mungkin anda tidak mahu menginap di hotel 3TOP Hotel, ada banyak lagi hotel lain di Bangi, yang premium, yang bajet, semua ada. Tips travel dari kami, sentiasa gunakan laman seperti Trivago ini dalam membuat tempahan hotel kerana pernah terjadi, jika tempahan dilakukan secara terus, tempahan tidak direkodkan. Tentu anda tidak mahu perkara ini terjadi. Lagi satu, Trivago.com sudah mempunyai banyak review yang bagus dan jujur, daripada pengunjung hotel sendiri. Jadi memang untuk tempahan hotel, Trivago sentiasa menjadi pilihan saya untuk melakukan tempahan hotel. Tempat Makan Menarik di
Bangi
Daidomon Bangi
Terletak hanya 200 meter daripada plaza tol Bangi. Apa yang menarik di Daidomon ini adalah kedai makan yang berkonsepkan Jepun. Banyak makanan Jepun yang dijual di sini antaranya; Yakiniku Japanese Dishes Sushi Tempura Shashimi Seafood Jadi, kalau anda ke Bangi, saya memang sarankan untuk anda ke Daidomon Bangi ini kerana keunikan makanan Jepun yang ada di sana.
B-3-G Bangi Gateway Shopping Complex,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor
Biji Kopi
Nama kedai ini adalah Biji Kopi. Anda tidak silap. Tetapi tak bermakna makanan yang dijual di sini adalah kopi semata-mata. Kebanyakan makanan yang ada di sini adalah ala-ala makanan dari Johor. Antara menu yang ada di sini adalah; Mee Rebus JohorNasi Beriyani KambingSoto JohorAsam LaksaGulai TempoyakPasta Banyak lagi sebenarnya menu yang ditawarkan. Kalau anda ke sini saya sarankan anda cuba Nasi Beriyani Johor yang merupakan antara makanan yang paling digemari dan dicari-cari pengunjung. Boleh cuba sendiri dan rasai sendiri menu ini.
Bangi Gateway Shopping Complex,
C-8-G, Seksyen 15,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor
Port Cafe
Satu lagi kedai makan yang menarik yang ada di Bangi yang anda patut pergi kalau ke sini. Port Cafe menyediakan masakan Melayu, Indonesia, Arab ataupun western. Ada beberapa menu yang saya cadangkan kepada anda untuk anda cuba sendiri iaitu nasi ayam penyet, burger bakar bazooka dan nasi arab. Kedai ini memang unik dan saya galakkan untuk anda ke sini dan makan di sini jika anda singgah ke Bangi.
No.7-G Jalan Medan Pusat Bandar 1A,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor
Tempat Menarik di Bangi Dah tengok tempat makan menarik di Bangi, jom kita lihat tempat menarik di Bangi pula. Pelbagai tempat shopping Banyak tempat shopping menarik yang ada di sini jika anda ke Bangi. Antaranya adalah kompleks PKNS dan Kompleks Warta yang pada saya anda boleh pergi dan bershopping di sini. Aneka jenis butik pakaian Banyak butik pakaian terkemuka yang ada di Bangi ini, antaranya adalah; Boutique QaleshaButik HajabaButik FahadaButik My Dreans – butik pakaian ibu mengandungKedai sukan Al Ikhsan Memang banyak butik pakaian yang ada di Bangi ini, kalau berkesempatan, pergilah singgah di semua tempat ini. Tasik Cempaka Tasik Cempaka adalah tasik buatan dari sungai kecil. Tempat ini dijadikan tempat riadah oleh warga Bangi. Pemandangan di sini indah dan terdapat banyak burung. Anda boleh ke sini jika anda pergi ke Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia Antara tempat menarik lain di Bangi adalah Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri. Kalau berkesempatan, boleh masuk ke kawasan universiti untuk melihat-lihat keadaan di dalam universiti. Masjid Al Hasanah Pun Antara tempat menarik yang anda boleh pergi di Bangi. Masjid ini berkubah hijau dan amat dekat dengan tempat-tempat utama seperti bank dan lain-lain. Memang saya galakkan jika anda beraga Islam untuk solat di masjid ini. Cukuplah setakat ini, harap dapat berikan gambaran kepada anda tentang tempat menarik yang ada di Bangi ini.

Monday, 7 November 2016
Sejarah Pembukaan Bangi
Sejarah
Pekan ini dibuka awal abad ke-20 kemungkinan pada tahun 1906, dengan terdapat 18 buah kedai-kedai orang Melayu seperti Kedai Songkok dan Capal, kedai kopi, kedai Candu, kedai timah, kedai getah dan sebagainya. Pekan ini pernah mengalami satu kebakaran yang besar namun telah dibangunkan semula oleh Kerajaan Inggeris dan kontraktor Cina pada sekitar 1930an. Jika kita berada di Pekan Bangi terdapat kedai yang masih bertanda tahun ’1936’ pada salah satu kedai tersebut.[1]Setelah itu peniaga keturunan Cina pula mula menguasai perniagaan di pekan ini. Medan MARA Bangi pula dibangunkan pada awal 80an bertujuan membantu peniaga Bumiputera berniaga.
Terdapat beberapa pendapat bagaimana nama Bangi itu diperolehi.
Pendapat Pertama
Dikatakan diambil dari nama tumbuhan ‘serai wangi’ yang dikatakan dahulunya banyak tumbuh liar disekitar tebing sungai Bangi. Namun perubahan sebutan daripada ‘wangi’ kepada ‘bangi’ boleh dipersoalkan kerana tiada sebab penduduk asal disini yang kebanyakan berketurunan Minang dan Mendailing jadi pelat menyebut ‘wangi’ menjadi ‘bangi' malah perkataan ‘wangi’ itu sendiri lebih mudah, indah untuk disebut dan jelas pula maksudnya.[2]Pendapat Kedua
Dikatakan diambil daripada nama ‘Tok Bangai’ iaitu nama tok batin (orang asal) yang telah membuka penempatan di Bangi sebelum suku Bugis, Minang atau Mendailing datang ke sini. Rasionalnya juga boleh dipersoalkan kerana janggal benar nama sesebuah kampung Melayu diambil daripada nama Tok Batin Asli sebagai nama tempat mereka. Dikatakan pernah wujud penempatan orang asli hilir sungai Bangi dan boleh dilihat di peta lama di Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat.Pendapat Ketiga
Dikatakan diambil daripada perkataan ‘babangai’ iaitu bermaksud bau hanyir daripada ikan-ikan kering yang dijemur di tebing sungai dan sawah –sawah . Pendapat ini juga agak naïf kerana tiada perkataan ‘bangai’merujuk kepada bau dalam bahasa Melayu atau pun dalam perkataan suku Minang atau Mendailing. Dalam bahasa Banjar pula ‘babangai’ itu merupakan satu jenis tarian. Perkataan bau busuk ikan kering adalah ‘busuk bangor’ yang digunakan oleh orang Melayu Pantai Timur.Pendapat Keempat
Dikatakan diambil daripada perkataan ‘bangai’ yang bermaksud terbuang atau yang disingkirkan, perkara ini pernah dicerita oleh Allahyarhamah Hjh Yang Bte Hj Jamil (1928-2008) iaitu anak kepada Daeng Jamil yang merupakan cucu kepada Daeng Abdul Ghani iaitu anak kepada Sultan Abdul Samad. Dikatakan dalam masa-masa berlakunya pertelingkahan di Istana Klang, sebahagian dari warga istana telah dihalau oleh pihak Istana keluar. (Daeng Jamil lari ke Johor kerana menyaksikan masalah-masalah ini kemudian menetap di Tanjung Selabu, Muar). Mereka yg dihalau dari Istana telah ditempatkan ke sebelah tenggara Selangor di Daerah Hulu Langat.Tempat itu lalu dikenali sebagai tempat orang-orang istana yang terbangai atau terbuang, tersingkir. British pula mengeja dalam huruf ruminya "Bangi" iaitu terjemahan daripada huruf–huruf jawi dibaca sebagai ‘Bangi’. Bagi kebanyakan pengkaji sejarah, inilah asal usul nama Bangi paling kuat daripada yang lain dan lebih rasional. Merujuk kepada kamus Indonesia dan mendapati perkataan ‘bangai’ bermaksud tertinggal, tersingkir atau terbiar.[3]
Perubahan sebutan Bangai kepada Bangi mungkin juga disebabkan oleh dialek pelombong-pelombong Cina keturunan Hakka yang tidak dapat menyebutnya dengan tepat.
Dalam perkataan bahasa Cina, Bangi membawa maksud serba sesuai. Nama tersebut turut didapati di Hong Kong kerana maksud yang bagus.[4]
Seperti kebanyakan asal usul nama di tempat-tempat lain, tiada perkataan yang benar-benar tepat kepada maksud ‘Bangi’ ini, yang penting nama Bangi ini telah dikenali di seluruh negara walaupun tempat asalnya bermula agak terpencil tetapi dalam usia 100 tahun, Bangi telah berkembang dan bertambah luas kawasannya.
Komuniti
Lebih 80% penduduk asal Bangi terdiri daripada kaum Melayu yang mendiami kampung-kampung di sekitarnya. 11% pula terdiri dari kaum Cina, 7% dari kaum India dan 2% lain-lain.Politik
Sebelum pindaan 2003, Bangi terletak di bawah DUN Kajang dalam Parlimen Hulu Langat. Ianya dilihat sebagai wajar dan bertepatan, ini adalah kerana dari segi pentadbiran pun sememangnya Bangi dan DUN Kajang berada di dalam Daerah Hulu Langat (Pejabat Daerah Hulu Langat dan pelbagai pejabat agensi peringkat Daerah berada di Bandar Baru Bangi), begitu juga dengan kedua-dua DUN N24 Semenyih dan N23 Dusun Tua yang sememangnya berada dalam Parlimen Hulu Langat. [5]Namun pindaan persempadanan Mei 2003 memperlihatkan keanehan dan ketidakwajaran dari pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang menjadikan DUN Bangi yang bukan saja terletak di dalam daerah Hulu Langat malah menjadi pusat pentadbiran Daerah, tetapi ianya telah diletakkan pula di dalam Parlimen Serdang yang mana pusat pentadbirannya terletak di bawah Daerah Subang Jaya. [6] [7]

Kedudukan N26 Bangi, Selangor Darul Ehsan
- Ahli Dewan Undangan Negeri - N26 Bangi Y.B Ustaz Hj. Mohd Shafie Bin Ngah (PAS)
- Ahli Parlimen - P102 Serdang Y.A.B Dr. Ong Kian Ming (DAP)
Perhubungan
Jaringan Jalanraya
Jalanraya | Kod | Km |
---|---|---|
Dari Bandar Baru Bangi |
![]() | 10.6 |
Dari Pekan Semenyih |
![]() | 10.3 |
Dari Dengkil |
![]() | 17.5 |
Dari Wilayah Persekutuan Putrajaya/Dengkil |
![]() | 22.8 |
Dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban | ![]() | 2.8 |
Dari Lebuhraya Kajang-Seremban | ![]() | 10.4 |
Pengangkutan Awam
Pekan ini mempunyai sebuah stesen KTM Komuter iaitu Stesen Komuter Bangi yang terletak di dalam Laluan Rawang-Seremban.Kemudahan
- Klinik Desa Bangi
- Dewan Orang Ramai, Pekan Bangi Lama
- Pasar Besar, Pekan Bangi Lama
- Stesen Penyelidikan MPOB/UKM, Jalan Sekolah, Pekan Bangi Lama
- Pusat Membeli-belah ( CS Brothers)
Institusi pendidikan
- Sekolah Kebangsaan Bangi, Jalan Aman 10, Kajang
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yoke Min, Bangi
- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Bangi
Kawasan Komersil[sunting | sunting sumber]
Tempat untuk membeli belah di Pekan Bangi selain dari di Pasar Besar, Pekan Bangi:Perkampungan
Kawasan penempatan awal penduduk asal Pekan Bangi:- Kampung Aman
- Kampung Bangi
- Kampung Bahagia Bangi
- Kampung Sungai Kembong Hilir
- Kampung Sungai Kembong Ulu
- Kampung Batu Lima Jalan Bangi
- Kampung Rinching Hilir
- Kampung Batu Tiga Jalan Bangi
Taman Perumahan
Berikut ialah daftar kawasan perumahan dan penempatan baharu yang terdapat di sekitar Pekan Bangi.- Bangi Villa
- Taman Bangi Ria
- Taman Bangi Indah
- PKNS Batu 6
- Desa Mahkota Bangi
- Bandar Seri Putra, dimajukan oleh Bangi Heights Development Sdn Bhd (anak syarikat United Malayan Land Bhd)
- Bukit Mahkota, dimajukan Araprop Development Sdn Bhd (anak syarikat The Lion Group)
- Taman Impian Putra Bangi, dimajukan PURCON Group
- Bangi Avenue, dimajukan Transloyal Development Sdn Bhd
- Southville City, dimajukan Mah Sing Group
- Bandar Puteri Bangi, dimajukan IOI Properties
Tempat Menarik
- Tasik Bangi
Rujukan
- Panjat ↑ Habibah Ismail, Sejarah Bangi (1870-1970an). Penyelia: Dr. Nadzan Haron. [1981/82]
- Panjat ↑ Syed Norzalman Asal Usul Bangi MANTERA JIWA
- Panjat ↑ Faizal Hj Zainal sejarah mengenai Bangi (Kg.Bangi,Kg.Masjid Bangi,Kg.Aman,Batu 6,Kg.Manikam & Kg.Bahagia.) Sejarah Bangi.
- Panjat ↑ Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru Kerajaan Selangor.Ringkasan Sejarah Kampung Baru Bangi Produksi khas i-kgbaru.com
- Panjat ↑ Dewan Negeri Selangor N26 Bangi
- Panjat ↑ Dr Shafie Abu Bakar Persempadanan Semula - Siapa Untung ?? Usik-usik Bangi
- Panjat ↑ "PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PILIHAN RAYA 2003 DAN IMPAKNYA KEPADA PILIHAN RAYA UMUM (PRU) 2008 DI KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) KAJANG DAN BANGI, SELANGOR" (PDF). eBangi. 2012. Dicapai pada Volume 7, Number 2, 200-224, 2012. Check date values in:
|access-date=
(bantuan)
Subscribe to:
Posts (Atom)